Sony Mengumumkan Superphone Xperia Z Secara Rasmi

0 comments


Smartphone Android yang paling dinantikan ketika ini telahpun dilancarkan secara rasmi oleh syarikat elektronik gergasi dari Jepun, Sony Xperia Z. Sebelum ini model ini lebih dikenali dengan nama codename "Yuga". Xperia Z setelah dilancarkan akan menggantikan telefon James Bond, Xperia T sebagai flagship baru Sony.



Xperia Z bukan sahaja dipadatkan dengan spec yang terhebat ketika ini malah ia juga boleh ditenggelamkan kedalam air sedalam 1 meter sehingga tempoh 30 minit. Kelebihan water proof ini membuatkan Xperia Z berdiri lebih tinggi dari smartphone flagship yang lain seperti HTC Butterfly. Seperti Nexus 4 dan iPhone 4/4S, Sony menggunakan cover belakang kaca pada Xperia Z. Selain dari button power/lock yang besar, Xperia Z mempunyai design yang licin, kemas dan sangat nipis (7.9mm). Kesemua port USB, HDMI, headphone jack, sim card slot dan microSD slot ditutup oleh flap bagi membolehkannya kalis air.





Dikuasakan dengan processor quad-core Snapdragon S4 Pro 1.5GHz dengan RAM 2GB, ia adalah antara yang terpantas ketika ini. Skrin besar 5" dengan resolusi full-HD memberikan gambar yang sangat tajam iaitu 443 ppi sekaligus membuatkan Retina Display pada iPhone 5 kelihatan ketinggalan zaman, Sony menggelar paparannya Reality Display. Storage internal 16GB boleh ditingkatkan dengan microSD, sesuatu yang diabaikan pada kebanyakan smartphone flagship lain. Ia juga menyokong sambungan LTE termasuk frekuensi 2600 MHz yang digunakan di Malaysia.

Selain design, water proof dan processing power, Xperia Z juga didatangkan dengan kamera 13MP dengan sensor Exmor RS yang mampu mengambil imej dan video dengan High Dynamic Range (HDR). Seperti HTC Butterfly, ia juga mampu mengambil gambar still ketika sedang merakam video HD. Exmor RS juga dikatakan mempu mengambil gambar yang baik walaupun dalam keadaan cahaya yang kurang, setakat ini masih belum dapat membuktikan sama ada ia setaraf dengan Nokia Lumia 920 ataupun tidak.

Segala hardware yang canggih ini digerakkan oleh Android 4.1 Jelly Bean yang diubahsuai secara menyeluruh oleh Sony. Mereka juga menggunakan kepakaran mereka dengan menambah Timescape UI, Mobile Bravia Engine 2, ClearAudio+ untuk memaksimumkan pengalaman multimedia pengguna. Mode Battery Stamina adalah inisiatif Sony untuk meningkatkan masa standby, dengan mode ini Xperia Z akan mematikan semua background process ketika skrin padam kecuali apps yang tertentu sahaja, Ini akan meningkatkan masa stanby secara drastik. Menarik juga jika Sony memasukkan mode ini pada update Jelly Bean bagi model lepas terutamanya Xperia P yang sekarang bermasalah dengan bateri 1305mAh nya.






 [Sumber]

Leave a Reply

share button

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By | Blog Gadgets Via Blogger Widgets

Member of The Internet Defense League
Member of The Internet Defense League